3/19/2012

Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka

Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia dalam daerah Alor Gajah. Pantai Tanjung Bidara terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tg Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandarMasjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.
Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.
Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini. Pantai Pengkalan Balak pula merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara
Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

Terletak di tebing pantai Selat Melaka, di kawasan Alor Gajah. Terdiri daripada 19 chalet kayu dan pembinaan 4 batu. Ianya tempat yang ideal untuk berehat bersama keluarga sambil menikmati ikan panggang dari beberapa gerai di sepanjang pantai. Dari pantai boleh melihat banyak bot-bot kecil nelayan dan menangkap ikan dan udang. Perairannya ideal untuk Mandi, air tidak jatuh pantai pasir jauh KETENGAH dan tidak berlumpur.
Pelbagai aktiviti pantai untuk berbuat seperti memancing, kayak, sukan, pantai, BBQ dan sebagainya. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 2 jam, melalui batang Pedas, kemudian ke Lubuk Cina, Masjid Tanah, Pangkalan Balak. Perjalanan sejauh tujuh kilometer daripada masjid Ban Kayu Tanah, akan melalui Kolej Matrikulasi Melaka untuk bertemu dengan bulatan empat simpang, ikut arahan ke Pelabuhan Balak untuk memenuhi polis pada akhir. Kemudian ikut arahan ke kiri (ke pusat pelancong terminal kayu) pada masa yang sama menuju ke chalet pantai.
Pada era tahun 60-an,pantai ini amat popular kepada askar-askar British beriadah bersama keluarga. Adapun askar-askar British adalah petugas-petugas di kem bersebelahan pantai Tanjung Bidara iaitu Trendak Camp.
Apabila tahun 1971 kesemua petugas/askar itu dihantar pulang ke Britain (perjanjian kemerdekaan) maka pantai Pengkalan Balak menjadi sepi hampir kepada dua dekat. Pada tahun 1987 atas jasa anak watan kg. Pengkalan Balak itu sendiri iaitu Allahyarham YB Bahari Hassan, membina sebatang jalan di pinggir sepanjang pantai,maka pantai tersebut kembali menjadi ceria dan popular sebagai aset pelancongan. Jalan tersebut dikenali “Jalan Persiaran Pantai”(JPP). Untuk pengetahuan umum sepanjang JPP itu adalah meliputi pantai Kok Ett(Hohoya), pantai Seman Jawa, pantai Haji Sidek, pantai Mat Bongkak, pantai Orang Putih (pantai Sidang Husin), pantai Wak Entel dan pantai Wahab Penyu.Kesemua ceruk pantai yang disebutkan itu, mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri. Contohnya, dipantai Mat Bongkak disekitar tahun-tahun penghujung tujuh puluhan pernah seekor buaya terdampar di pantai tersebut. Peristiwa ini amat mengemparkan penduduk kg.Pengkalan Balak dan sekitarnya.



P/S: Beria2 aku tulis pasal pantai ni pasai per??? banyak perkara dalam hidup aku berlaku disini...Pantai ni mmg best sunyi...bersih...mmg back to nature kat sini ...pic2 kat atas tu aku snap sendiri...(map tu tak ler ....) aku akan ke pantai ni lagi ....mengimbau 1000 kenangan pahit manis dalam hidup ku.....

Terbaek!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan